AKHI 4th Mentoring

July 1, 2010

Pada Ahad, bersamaan 16 Mei 2010,sekali lagi UIA digegarkan “bala tentera kecil”,sape lagi kalau bukan mentee2 AKHI yang aktif sekali. Ketibaan mereka disambut akak2 dan abang2 mentor yang telah bersiap-siapan untuk mentoring AKHI yang keempat yang merupakan program AKHI yang kedua untuk sem pendek ini. Sebaik menjejakkan kaki di Edu Square,sudah kedengaran suara dan jeritan adik2 mentee AKHI. Maka berbisiklah akak2 dan abg2 mentor AKHI “Sampai dah….”.. Modul English mentoring kali ini bertemakan “Ambitions and Hobbies” yang berlangsung pada sesi pagi. Ada teka silang kata, susun ayat, soalan struktur, Hangman pun ada.. Bergempita kelas2 di Edu apabila masing2 cuba menyelesaikan Hangman..”Akak,saya nk huruf H”..”H xde..” balas akak mentor.. Dan disahut pula “tu la.. aku da kata xde H” oleh mentee yang lain..Begitulah suasananya.. Komiti modul juga menyelitkan nyanyian lagu sebagai salah satu modul mereka.. Memang interaktif.. Selepas selesai menjamah dan solat zuhur,sesi tilawah pula menyusul.. Tekun benar akak2 dan abg2 mentor membantu adik2 mentee memperbaiki bacaan mereka.. Harapnya,lepas ni bertambahlah adik2 mentee di Level 3.. Modul sahsiah menyentuh tentang kewajipan solat dlm kehidupan seharian mereka..


Sesi permainan yang memasukkan elemen pelajaran di sesi pagi memang menggamatkan.. Akhirnya,semua dapat hadiah.. Nyum2, dapat hamper makanan..

Lebih kurang 5.30 petang,beransurlah adik2 pulang.. Biarpun kepenatan, mentor2 mengambil kesempatan naik bas sekali menghantar mereka pulang ke sekolah masing2.. Selepas sesi postmortem dan mengemas Edu Square, giliran mentor2 pula melangkah pulang.. Pastinya masing2 keletihan.. Sekalung penghargaan buat mentor2 atas komitmen anda.. Jumpa di program yang berikutnya ekk..=)..

Advertisements

AKHI English Camp 2010 @ SKSI

May 7, 2010


Tamatlah sudah camp selama 3 hari di SKSI, namun kemeriahannya masih terasa dek rindukan gelagat serta gelak riang mentee2 AKHI sepanjang camp. Kalau tak nakal, bukan mentee AKHI la namanya…Mungkin nama “Fakhrul” pasti meninggalkan memori buat mentor2…Kelincahannya,kenakalannya yg tak terkawal kdg2 mengatasi kawalan mentor2,sehingga ada yg menangis dek penangan nakalnya, namun kdg2 dia jugalah pencetus suasana di sana…
Namun, semangat menimba ilmu yg dipamerkan mereka membakar kudrat mentor2 untuk mencurah segala yg mampu buat adik2 mentee..
Memberi penekanan tentang penulisan English, mentee2 menyiapkan hampir 7 karangan Bahasa Inggeris sepanjang camp ini…Antara topik2 yg diselitkan ketika GD ialah My Self, My School, My Hobby dan My Country…Berkonsepkan pembelajaran melalui permainan, modul2 permainan dibentuk khas untuk meningglkan input yg menjana tatabahasa English dikalangan mentee untuk digunakan menyiapkan karangan yg diberikan…Tidak hanya bertumpukan akademik, pengisian rohani turut dimuatkan dalam camp ini seperti Qiyamullail pada malam pertama dan siri tazkirah…
Alhamdulillah, biarpun dengan sedikit rintangan, program ini berjaya dianjurkan dgn jayanya dengan bantuan mentor2 AKHI…Semoga semangat membantu adik2 mentee terus bersemarak dikalangan mentor2 untuk program berikutnya..Ke Arah Kecemerlangan Generasi Islam..AKHI Club…

AKHI 3rd Mentoring 2010

March 3, 2010









AKHI 3rd Mentoring berlangsung pada 28 Feb 2010 kt Adm LT 1..Berbanding 2nd mentoring, 3rd mentoring keadaannya lebih gamat dengan kehadiran mentee yang ramai.. x menang tangan akak2 n abg2 mentor dibuatnya..
selepas mass reading, adik2 mentee wt pre test..lepas tu, masuk modul vocabulary..kali ni topik untuk vocabulary animals and hobby..adik2 mentee masuk ke dalam group dan buat modul tentang hobby..untuk animals, modul wt dalam mass..
mentoring kali ni sesi grammar fokus kt adjectives..pasal perasaan, sifat2 benda dan manusia..antara modul yang dilaksanakan, adik2 mentee mengenalpasti penggunaan adjectives dalam ayat, cara digunakan, adjectives yang berlawanan..
untuk tilawah, setiap level proceed ikut silibus yang ditetapkan..cm level 1 dari kenal huruf bergerak ke mengenali baris n bunyi setiap huruf apabila berbaris..level 2 baca surah2 lazim n level 3 da masuk tajwid tentang idgham..
sesi sahsiah ada tayangan video tentang cara2 ambil wudu’ yg betul n doa selepas wudu’..
game petang tu sedikit tak terkawal..kekurangan tenaga mentor membatasi kawalan adik2 mentee sgt2 energetic ni..
lepas minum petang, adik2 mentee pun bertolak balik..tp hari tu, kebanyakkan mentor2 semua naik bas hantar adk2 balik..yela, ni last mentoring u sem ni..ada yg xamk shortsem, tu yg amk kesempatan hantar adk2 skali..


AKHI 2nd Mentoring 2010

March 3, 2010









2nd mentoring AKHI pada 21Feb 2010 dekat Adm LT1 tak la segamat 1st mentoring…sebab adik-adik mentee dari SKBBS xdapat turut serta skali..diorang tengah cuti time tu..ada adik2 mentee dari SKSI je..tapi xpeje, mentoring tetap diteruskan..
bermulanya modul pengajaran dalam mentoring AKHI..kali ni, AKHI fokuskan English sahaja bagi akademik, n Tilawah serta Sahsiah..Awal2 lagi, da ada pre-test untuk adik2 mentee..lepas tu, ada mass reading..mentor dan mentee baca teks English ramai2 n betulkan sebutan, serta grammar adik2..
lepas tu, masuk modul vocabulary..buat dalam group..macam2 aktiviti ada,siap dgn explorace lagi..hehe..da abis sesi vocabulary, mentor fokus pula on grammar..topik u grammar mentoring ni noun..
sesi tilawah macam biasa la, adik2 mentee dibahagikan dlm 3 level..setiap level ada pengisian tersendiri, tapi objektif yang sama iatitu untuk ajar adik2 mentee mengenal dan membaca kitab suci al-quran..masuk modul tilawah, da video showing..best..sahsiah kali ni tentang sifat2 allah..
petang main game la n makan roti dgn air teh ramai2..hehehe..
segala perancangan program berjalan lancar dan keadaan adik2 terkawal..
secara keseluruhan, mentoring ni best…=)..


AKHI 1st Mentoring 2010

February 20, 2010










Sangat2 meriah…
1st Mentoring pada hari Ahad, 7 Feb 2010 sangat meriah dengan kehadiran mentor-mentor serta adik-adik mentee yang buat pertama kalinya berjumpa..
Aktiviti-aktiviti yang disusun lebih tertumpu kepada memperkenal dan membina kesefahaman di antara mentor dan mentee AKHI..
Ada juga ujian English dan Tilawah pada sesi pagi..
Macam biasa la kerenah adik-adik AKHI,sangat aktif dan energetic sampai tak kejar mentor-mentor..
At the end, masing-masing berpeluang mengenali antara satu sama lain dan bergembira bersama..
Bestnya AKHI…=)…


AKHI Bronze Workshop 2010

February 20, 2010






Workshop pertama AKHI pada tahun ini..
AKHI Bronze Workshop berlangsung pada 2 Feb 2010 bertempat di ADM LT1..
Kehadiran mentor-mentor sangat memberangsangkan walaupun musim midterm time tu..Thanks for your support…
Workshop tersebut merangkumi pengisian tentang personality management as a mentor dan event management..
Bronze Workshop ni berlangsung selama 2jam, bermula dari pukul 8.30malam sehingga pukul 10.30 malam..
So,hope to see you guys again in the upcoming AKHI Silver Workshop lk..
Jemput Datangggg…=)…


AKHI Induction Course

February 20, 2010






AKHI Induction Course telah berlangsung pada 22 Januari 2010 bertempat di ADM LT3.
Walapupun kehadiran agak kurang sebab bertembung dengan mid break, tapi macam biasala program AkHI tetap havoc je.
Antara pengisian dalam program tersbut ialah pengenalan tentang AKHI kepada mentor-mentor baru, lagu-lagu dan tepuk-tepuk AKHI serta slot bersama penceramah Saudara Ikhwan berkenaan persediaan rapi untuk menjadi mentor yang efektif.
Jutaan terima kasih kepada mentor-mentor yang hadir, senior trainers, abg Ikhwan serta trainers yang bertungkus lumus menjayakan program ini..
Gambate AKHI!!