Antara Cerdik Dan Baik..

July 21, 2010
Bermulalah kisah pada suatu petang Sang Kancil yang cerdik bersiar-siar di dalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba Sang Kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, Sang Kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir tetapi tiada idea yang bernas untuk Sang Kancil keluar dari lubang tadi, namun Sang Kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, Sang Kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian Sang Gajah yang lalu itupun menegur Sang Kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya Sang Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Dari apa?” Tanya Sang Gajah lagi.
“Dari bahaya. Cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas Sang Kancil.
Sang Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai Sang Kancil bulat-bulat.
“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya Sang Gajah.
“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”
Tanpa berfikir panjang Sang Gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian Sang Kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
“Haha, padan muka engkau, selamat aku.” Kemudian, Sang Kancil pun berlalu pergi meninggalkan Sang Gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.
Kesian Sang Gajah kan? Tapi, Sang Kancil pandai menggunakan kepintarannya untuk melepaskan diri, salah ke? Ha.. buat taulian sekalian, jangan jadi macam Sang Kancil seperti dalam cerita tadi kerana Sang Kancil yang cerdik sanggup menipu Sang Gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti Sang Gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik kelak kita akan ditipu oleh orang lain.
Kesimpulannya keluarga AKHI sekalian, jadilah orang yang cerdik dan baik kerana orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu orang lain. Tambahkan ilmu dan kukuhkan iman, jadilah kita generasi Islam yang cemerlang..=)..
Advertisements

Mari Berselawat..

July 14, 2010
     Jika kita cintakan seseorang tentu kita akan mengingati dan menybut namanya selalu kan? Begitu juga jika kita cintakan nabi kita, kita mestilah mengingatinya selalu.. Sebab jika kita tak mengingati baginda, baginda akan melupakan kita di akhirat kelak.. Tp, macam mana nak menunjukkan yang kita sentiasa ingat baginda? Sentiasalah kita berselawat..
Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:  Berkata Jibril a.s.. : “WahaiRasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
    Berkata pula Mikail a.s.: “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.” Berkata pula Israfil a.s.: “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t.mengampuni orang itu.” Malaikat Izrail a.s. pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.” 

    Begitulah kelebihan berselawat ke atas baginda Rasulullah.. Akak2 dan abg2 mentor serta adik2 mentee AKHI mulalah perbanyakkan selawat kita agar kita mendapat rahmat yang dijanjikan.. Cintailah nabi kita..=)..

Panduan Mentor Mengendalikan Mentee

July 7, 2010
Kadang-kadang mentor2 AKHI tertanya-tanya,kenapalah adik2 mentee AKHI ni semangat dan energetic sgt,kan?Sampai adakalanya xterkawal mentor..mencabar emosi,sampai nk marah..betul kan?Jadi,bertanyalah sesama sendiri, apa yang boleh dilakukan mentor2 untuk mengawal tingkah adik2 AKHI?

Buat kalian semua, beberapa tips yang boleh diaplikasikan oleh mentor2 AKHI ingin dikongsikan bersama di sini.. Antaranya..

1) Kenali peribadi dan sikap mentee2 anda u mengetahui cara mendekati mereka. Setiap mentee mempunyai tingkah yang berbeza dan meungkin memerlukan teknik yang berbeza u mendampingi mereka.
2) “Personal touch”. Segala tunjuk ajar dan nasihat adalah lebih efektif andai adik2 mentee merasai “personal touch” dr mentornya. Mereka merasakan mendapat perhatian, yang merupakan antara tujuan mereka menyertai mentoring AKHI dan juga membolehkan anda “mengikat” adik2 mentee. Apabila anda rapat dgn adik2 mentee, anda mudah u menyentuh hati mereka sekaligus memudahkan semaian input berguna u mereka.
3) Banyakkan sentuhan ketika dlm kumpulan. Sentuhan melambangkan anda memberi perhatian terhadap mereka dan mereka akan mersa dihargai. Gunakan juga sentuhan jika melihat adik2 AKHI ini mula kehilangan fokus.
4) Tunjukkan ketegasan anda, namun biarlah berpada-pada. Tegas tidak bermakna marah ataupun menengking mereka.Ini sangat perlu u membina rasa hormat dikalangan mentee2 agar reputasi anda terjaga dan tidak dipijak kepala.
5) Senangi mereka. Cari titik persamaan u membina “rapport”. Apabila mereka merasakan persamaan dgn anda ketika bergaul dgn mereka, mereka akan lbh rapat dan selesa dgn anda,sekaligus memudahkan anda dlm memberi arahan.
6) Biarkan mereka bercakap. Ini menunjukkan anda mnghormati mereka dan sentiasa mendapat perhatian anda, bukan hanya mereka perlu menghormati anda. Ini juga menjadikan aktiviti kumpulan lebih interaktif. Namun jika berlebihan, kembalikan fokus mereka.
7) Libatkan semua mentee2 dlm aktiviti kumpulan dan perbincangan. Ini u mengelakkan rasa terpinggir segelintir mentee dan mengundang rasa “boring”. Apabila rasa terpinggir, mentee2 akan mula hilang fokus dan berlarian serta mengusik teman2.
8) Dan yang terakhir, sentiasa memberi dorongan dan pujian u setiap pencapaian mereka ketika aktiviti. Mereka memerlukan sokongan anda u membina keyakinan diri dan dihargai setiap usaha mereka.
Moga mentor2 dpt meningkat kualiti anda sbg seorang mentor yang efektif dan menjadi mentor yang cemerlang dan tauladan kpd adik2 mentee AKHI..=)..

Kerana 20 Sen

July 7, 2010

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah..syarikat bas ni dah kaya..setakat 20 sen ni..nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.
“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni..kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”
Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah…Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!
 Moralnya, kita hendaklah sentiasa jujur dlm kehidupan kita biarpun melibatkan sekecil-kecil perkara kerana Allah telah mengingatkan kita bhwa biarpun amalan sekecil zarah akan dihitung di akhirat kelak…Moga mentor2 dan adik2 mentee AKHI menjadi generasi Islam yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat..=)..

Seksa Meninggalkan Solat Fardhu

July 2, 2010
Solat sehari semalam 5 waktu adalah tanggungjawab yang wajib kita tunaikan baik oleh akak2 dan abg2 mentor, dan juga adik2 mentee AKHI.. 

Jika ditunaikan dngan penuh ikhlas,maka ganjaran yang menanti. Namun jika ditinggalkan,berikut yang menanti:

1) Meninggalkan fardhu Isyak:
     – Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

2) Meninggalkan fardhu Asar:
     – Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
3) Meninggalkan fardhu Zohor:
    – Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
4) Meninggalkan fardhu Maghrib:
   – Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) 

      atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
5) Meninggalkan fardhu Subuh:
    – Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Jadi, bersamalah kita menjaga solat kita.. Buat adik2 mentee, kalau masa mentoring kita boleh solat, pastikan diteruskan ketika di rumah juga ekk.. Begitu juga akak2 dan abg2 mentor.. Semoga kita menjadi generasi Islam yang cemerlang..=)..