AKHI Sepintas Lalu

Kelab Anak-Anak Berakhlak Islam atau ringkasannya AKHI Club merupakan salah satu kelab yang bernaung di bawah Centre for University Social Responsibility (CENSERVE ) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menggunakan platform mentoring sebagai gerak kerja utamanya, AKHI Club menekankan modul pembangunan peribadi mulia serta penghayatan Al Quran dalam kehidupan dalam merealisasikan misinya menjana generasi Islam yang cemerlang.

Berasaskan konsep mentor dan mentee, AKHI Club mengadakan program mentoring setiap dua minggu. Kumpulan sasar kelab ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dari tahun 4 hingga tahun 6 yang terdiri daripada keluarga berpendatan rendah dan juga yang menerima bantuan Baitul Mal. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan program anjuran AKHI Club ialah:
  1. Sek. Keb. Setapak Indah, Kuala Lumpur
  2. Sek. Keb. Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: