Mana Satu Nak Pergi Ni?

July 21, 2010

Dilemakah? Hujung minggu ni, ada dua program yang melibatkan AKHI Club..AKHI Ibadah Camp dan juga kursus anjuran CENSERVE.  Satu bertempat di SKBBS dan satu lagi bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting.. AKHI Club diminta menghantar 3 orang wakil ke kursus tersebut, maka bertolak-tolaklah antara trainers, sape yang nak ke Genting..Sebabnya,semua nak pergi Ibadah Camp kt SKBBS.. Punya la rindukan keletah mentee2 AKHI sampai sanggup ditolaknya tawaran ke Genting.. Tambahan pula kem, mahu riuh rendah dibuatnya mentee2 cilik AKHI ni.. Akhirnya, wakil AKHI telah pun diputuskan dan mereka akan membawa nama AKHI Club ke kursus tersebut.. Jika di SKBBS pengisiannya tertumpu kepada penerapan akhlak mulia di kalangan mente, kursus kali ni lebih menjurus kepada perancangan kelab serta penggunaan “Balance Scorecard” sebagai asas perancangan serta penilaian kelab.Wah, semakin mantap AKHI nanti.. Apa2 pun, diharapkan kedua-dua program yang melibatkan AKHI dapat memantapkan lagi AKHI dalam memberi khidmat kepada pelapis2 generasi Islam.. Teruskan Usaha..

Kecerdasan Emosi..

July 21, 2010
Kem kembali lagi..Kali ni, Ibadah Camp pula..Pastinya memerlukan persiapan rapi mentor2 dan  antaranya adalah persiapan emosi.. Ha..Ape itu persiapan emosi? Persiapan emosi merujuk kepada kawalan penglibatan emosi kita ketika melakukan tugas2.. Adalah penting untuk memastikan emosi kita sentiasa terkawal kerana emosi mempunyai pengaruh yang besar dalam tingkah laku dan pemikiran kita.. Kesannya, mentor mungkin bertindak fizikal terhadap mentee2 dek tak tahan akan kenakalan mereka.. Ataupun mudah melenting jika dihadirkan dengan pelbagai soalan oleh mentee2.. Sebab tu kadang2 kita boleh nampak ada mentor yang tiba2 marah2 kerana kurang kecerdasan emosi terutamanya dalam menangani tekanan ataupun stress.. Tapi bagaimana ek? Kalau nak tahu, jadi lah WITCHEs..=)..

Antara Cerdik Dan Baik..

July 21, 2010
Bermulalah kisah pada suatu petang Sang Kancil yang cerdik bersiar-siar di dalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba Sang Kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, Sang Kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir tetapi tiada idea yang bernas untuk Sang Kancil keluar dari lubang tadi, namun Sang Kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, Sang Kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian Sang Gajah yang lalu itupun menegur Sang Kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya Sang Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Dari apa?” Tanya Sang Gajah lagi.
“Dari bahaya. Cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas Sang Kancil.
Sang Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai Sang Kancil bulat-bulat.
“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya Sang Gajah.
“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”
Tanpa berfikir panjang Sang Gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian Sang Kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
“Haha, padan muka engkau, selamat aku.” Kemudian, Sang Kancil pun berlalu pergi meninggalkan Sang Gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.
Kesian Sang Gajah kan? Tapi, Sang Kancil pandai menggunakan kepintarannya untuk melepaskan diri, salah ke? Ha.. buat taulian sekalian, jangan jadi macam Sang Kancil seperti dalam cerita tadi kerana Sang Kancil yang cerdik sanggup menipu Sang Gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti Sang Gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik kelak kita akan ditipu oleh orang lain.
Kesimpulannya keluarga AKHI sekalian, jadilah orang yang cerdik dan baik kerana orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu orang lain. Tambahkan ilmu dan kukuhkan iman, jadilah kita generasi Islam yang cemerlang..=)..

Demam World Cup..

July 14, 2010


Assalamualaikum…
Wah.. Baru2ni meriah betul sambutan PialaDunia (World Cup) ekk.. Keluarga AKHI pun terkena jangkitan demam Piala Dunia.. Bkn setakat mentor2 je, adik2 mentee pun sama semangat.. Bkn main membara menyokong pasukan masing2.. Sanggup bersengkang mata di pagi hari.. Deraian sorakan macam berada di stadium.. Siap beli jersey baru lagi.. Ada juga yang sampai terbawak-bawak dlm meeting.. hehehe.. Tapi,xpela, tak salah akak2 dan abg2mentor2 serta adik2 mentee AKHI sekalian,asalkan minat masih berlandaskan agama dan tak membatasi hukum Islam.. Jangan la fanatik sampai terlalai tanggungjawab kita.. Tanggungjawab dgn diri sendiri, tanggungjawab dgn ibubapa dan yang paling penting tanggungjawab dgn Allah.. Janganla sampai solat pun tertinggal dek asyiknya dgn bola.. Nati jd dosa pulak.. Ingat, bkn stakat semangat World Cup je, Akhirat Cup pun kna sama semangat juga kerana itulah kemenangan yang hakiki dan abadi.. Moga kita tergolong sebagai generasi Islam yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat..=)..

Be KINDS..

July 14, 2010
Tentu anda pernah mendengar laungan “Apa yang penting? Kerjasama..” dikalangan watak2 comel Wonder Pets.. Jadi, apa pentingnya kerjasama? Teamwork ataupun kerjasama adalah kunci kejayaan kpd sesebuah organisasi dan juga program yang dianjurkan.. Dgn kerjasamalah terbentuknya harmoni serta semangat ketika menjalankan tanggungjawab dikalangan warga AKHI.. Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing juga adalah ilustrasi tentang kelebihan bekerjasama.. Namun, bagaimanakah untuk membentuk kerjasama? Di bawah adalah tips yang boleh diaplikasikan untuk menterjemahkan semangat kerjasama dikalangan warga AKHI khususnya para mentor sekalian.. Yang penting, semuanya bermula dgn anda.. So, be KINDS to your team mates..=)..

*Extracted from Br. Ikhwan’s notes on TOT 2010..Thanks..=)..

Mari Berselawat..

July 14, 2010
     Jika kita cintakan seseorang tentu kita akan mengingati dan menybut namanya selalu kan? Begitu juga jika kita cintakan nabi kita, kita mestilah mengingatinya selalu.. Sebab jika kita tak mengingati baginda, baginda akan melupakan kita di akhirat kelak.. Tp, macam mana nak menunjukkan yang kita sentiasa ingat baginda? Sentiasalah kita berselawat..
Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:  Berkata Jibril a.s.. : “WahaiRasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
    Berkata pula Mikail a.s.: “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.” Berkata pula Israfil a.s.: “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t.mengampuni orang itu.” Malaikat Izrail a.s. pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.” 

    Begitulah kelebihan berselawat ke atas baginda Rasulullah.. Akak2 dan abg2 mentor serta adik2 mentee AKHI mulalah perbanyakkan selawat kita agar kita mendapat rahmat yang dijanjikan.. Cintailah nabi kita..=)..

Ikut Peraturan..

July 7, 2010
Ish2, xnampak ke papan tanda tu, abang penjual?? Siap gantung pisang lagi kt papan tanda tu.. Kena denda kang, mahal tu nak bayar.. Ha, hidup kita pun kena lah sentiasa berperaturan.. Kalau tak ikut peraturan, itu melambangkan peribadi kita yang kurang berdisiplin.. Adik2 yang kt sekolah, kalau xikut peraturan sekolah, mesti kna denda dgn cikgu.. Akak2 dan abg2 mentor2 kalau xikut peraturan UIA, kena bayar kompaun.. 50 ringgit tau.. Hehehe.. Selain itu, dalam kehidupan, kita hendaklah mengikut peraturan Allah yang telah ditetapkan.. Jika dilanggar, berdosa.. Jadi, sentiasa lah jaga disiplin diri kita,baik dgn diri sendiri, ibu bapa, rakan2 dan juga dgn Allah, barulah jd generasi Islam yang cemerlang..=)..